Monday, May 7, 2007

Persatuan nelayan Johor dapat injunksi

Utusan Malaysia

JOHOR BAHRU 6 Feb. – Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengeluarkan perintah sementara bagi menghalang Syarikat Power Corporate Sdn. Bhd., daripada memasuki dan menguruskan ladang kelapa sawit milik Persatuan Nelayan Johor di Mukim Sungai Segamat, Segamat.

Perintah berkuatkuasa serta merta itu dibuat oleh Hakim Datuk Azhar Mohamed atas permohonan defendan menerusi peguamnya, Roger Tan sehingga injunksi itu didengar pada 13 Mac ini.

Ekoran perintah itu, kesemua pekerja termasuk pihak pengurusan Syarikat Power Corporate serta ejennya dihalang daripada memasuki ladang seluas 400 hektar itu.

Mereka turut dilarang dengan apa cara sekalipun memindah atau mengeluarkan buah kelapa sawit daripada ladang yang diusahakan sejak Julai 1996.

Sebelum ini, Persatuan Nelayan Johor mengemukakan satu injunksi interim (sementara) terhadap Power Corporate selepas mendakwa syarikat itu melanggar perjanjian yang dibuat ketika melantiknya memajukan tanah tersebut pada 1996.

Menurut Pengerusinya, Mohamad Dolmat, perjanjian itu termasuk membabitkan kegagalan syarikat mengagihkan keuntungan daripada hasil memajukan projek tersebut kepada persatuan berkenaan.

Beliau berkata, tanah berkenaan merupakan kurniaan kerajaan Johor bagi membantu meningkatkan ekonomi masyarakat nelayan.

No comments:

Post a Comment